Pages

snow purple

Followers

Friday, 8 July 2016

Confuse

Aku tak tahu. 
Aku tak pasti. 
Aku tak faham.
 Hati sendiri.
Aku... arghh
Kadang rasa berat
Pasrah.
Dia berhenti
Atau mungkin menguji
Atau cuba berfikir kembali
Andainya diri ini tak benar mencintai

Aku tertanya sendiri
Apa benar hati ada rasa
Mungkin secebis cinta
Atau sekadar rasa kasihan
Aduhai hati..
Mengapa sukar memahami diri
Apa yang engkau cuba rungkaikan


Dia berhenti tegur lepas seminggu straight rasanya dia whatsapp. Lepastu dia membisu. Dan ego aku setinggi gunung ledang, enggan memulakan perbualan. Bukan apa, aku tak tahu dan tak yakin aku suka dia. Yang ada, rasa rindu bila telefon tidak bergetar sepertj selalu. Aku tunggu dan terus menunggu sampai dia kembali menegur. Dia tanya "apakah aku mmg mesti dia yang memulakan perbualan" dan aku iyakan. Dan semenjak raya pertama dia langsung tidak menegur. Tapi aku terus menanti. Meski baru tiba raya ketiga aku rasa masa berlalu dengan pantas. Tapi, bila fikir balik, aku memang tak pernah bersedia untuk bercinta. Sering juga aku ucapkan aku tidak mahu kahwin, dia sendiri sering dengar. Dia kenal aku yang sebenar. Tapi apa yang dia kenal baru sedikit. Aku risau, takut dia tak boleh terima diri aku yang selebihnya. Terlalu awal. Baru 3 bulan rasanya. Aku juga risau tak mampu kawal diri jika terlampau taksub dengan cinta sampai pergaulan tidak terjaga. Aku tak kisah nak keluar dengan member lelaki, tapi aku kisah kalau keluar dengan lelaki yang ada hati dengan aku. Kekadang ngilu,, dengar ayat jiwang. Sebab bukan aku mungkin. 

Tipah bangunlahhhh kalau tak ada hati, jujurlah, jangan memberi harapan palsu.

No comments:

Post a Comment