Pages

snow purple

Followers

Saturday, 10 December 2016

kayakah aku?

Image result for syukur
Kau selalu cerita itu ini dekat aku. Aku tumpang happy dengan segala kejayaan kau, family kau, apa yang kau ada. Bila kau sedih, aku tumpang sedih. Tapi lumrah hidup tak selamanya kita di atas. kadang aku rasa, kau suka menunjuk, aku faham kau happy, tapi kau seolah2 nak tunjuk dekat semua kau ada ini kau ada itu sampai pernahlah juga tefikir, aku tak layak nak rapat dengan kau. aku takut terambil kesempatan dekat kau. Sahabat, aku tak sehebat engkau. Engkau banyak mengajar aku. Terutamanya untuk terus bersabar dengan sikap engkau. Aku jarang cerita dekat engkau pasal family aku, life aku sebelum ni. Pernah tanya kenapa aku kerja tiap kali bulan 12 masa cuti sekolah? Pernah tanya kenapa aku kerja waktu cuti sem ni? Pernah tanya kenapa aku selalu naik bas balik kolej? Kau tak pernah tanya. Mungin salah aku juga, sebab tak nak bercerita.
Aku bukan siapa2. Ayah aku dah lama tak bekerja. Sebelum ni ayah buat kerja kontrak and bawa lori. Semenjak lori rosak, ayah jarang ada kerja. Mak? Macam yang aku cakap. mak kerja hotel, tapi sebagai apa, kau tak tahupun. Mak aku cleaner je. Dekat hotel, orang panggil PA (public area). Mak aku kerja penat, sakit tangan, tiap hari hayun mop, penyapu. Bila hujan kena tolak air. Mak bapak aku belajar tak tinggi. Mak setakat spm je, ayah aku sampai form 6. Tapi aku besyukur masih ada mereka.
Abang aku baru habis diploma, tapi tak dapat lagi kerja ikut kelulusan dia. Haritu dia kerja kilang kaca. Laptop aku ni, beli guna duit dia. Family aku bergantung dengan abang aku and mak aku punya gaji. Adik beradik aku 6 orang. 5 masih belajar. Family aku cuma ada satu motor je. Tu pun selalu problem. Macam manalah ayah aku nak hantar gi kolej? Hurm,, Senangkah hidup aku? Mencukupi, alhamdullilah. Aku tak nak susahkan family aku. Sebab tu since sekolah dulu aku rajin buat business itu ini.
Image result for syukurMasa masuk asrama, aku buka mini koop, macam2 ada. Aku guna biasiswa untuk modal. Alhamdullilah, semenjak tu aku tak minta duit mak ayahpun untuk belanja sekolah. Masa akhir tahun form3 and form 4, aku kerja sebulan. Gaji tu lah aku guna untuk yuran asrama, and barang keperluan aku.
Lepas SPM aku kerja lagi, gaji aku tu aku guna untuk daftar matrik. Untuk mula business top up, sampai sekarang aku buat business top up. Sikit je untung. Tapi cukup untuk melambatkan duit elaun aku habis.
Kayakah aku? Mungkin kau lebih faham sekarang.


No comments:

Post a Comment