Pages

Followers

Saturday 21 December 2019

To the end of '19

Assalammualaikum and hye babe. It have been a long time i didn't update this blog. No wonderlah rasa macam tak berapa nak complete huhu.

Weh throughout this 2019,,, 20 dec baru aku update. Apa aku buat sampai lupa kan my lovely blog ni >-< sibuk berchenta lah tu. 

okay just straight to the point. Apa aku hadap dalam 2019?? JENG JENG JENG

First, aku quit navy. This is where the end become the beginning of another lifestyle. unexpected sangat. End of 3rd sem, aku quit navy lepas selesaikan semua task, UCE and whatsoever urghh. and then aku curi2 stay kolej until diorang balik ACT. 

Masa ni, aku mula kerja kilang. Kilang maggi, yang memang brand maggi tu. Kerja under contract since aku just nak kerja untuk cuti sem je. Ada transport yang ambil. Driver dia orang panggil boy, umur dalam late 20. This guy at first aku positive je boleh borak. sampailah aku mula menyampah and rasa tak selamat bila dia selalu whatsapp bukan pasal kerja, dia juga selalu bagi emoji kiss, love, menggelikan tu, and dia pernah ajak aku keluar few time through whatsapp dan waktu nak hantar aku balik. 

bukan tu sahaja ya anak-anak, adalah beberapa pekerja perempuan lain yang bila tahu aku naik dia, diorang pesan awal awal suruh hati-hati. so im getting worried. And i decide untuk jalan kaki ke kilang yang lebih kurang 15 minit dari kolej seroja. masa ni lah aku belajar panjat pagar hu hu hu  demi shortcut.

First day aku kerja, aku kenal seorang lelaki bernama Nordin. masa ni kitorang buat bahagian GF, garnish finisher kalau tak silap. kitorang scan perisa maggi tu kalau2 ada benda asing yang membahayakan. Bahagian ni 2 orang je buat. 

Masa ni lah aku banyak spent masa dengan nordin, pergi mana2 berkepit. sampai orang ingat kami bercinta. Padahal sebab dia sorang je yang aku kenal masatu. Walaupun baru kenal aku selesa nak borak dengan dia,, eh kejap, selesa ke?? ermm... Dia orang sabah. Tak berapa tinggi, kurus je. dia selalu pakai mask dekat kilang tu. Bahagian GF ni kitorang just perlu habiskan barang yang ada, kalau barang habis kira rehatlah lepastu. And kerja situ lepas sejam je kitorang rehat. Masa mula masuk aku dapat shift malam. Rehat makan dekat kantin, borak dengan nordin. 

Out of sudden Nordin cakap dia nak kahwin dengan aku. First day jumpa okayy,,dan kau fikir aku percaya?? aku tk anggap serious langsung benda tu. "cubalah, cuba" sambil gelak. sebab aku confident aku takkan suka dia. 

Aku perasan dia macam sensitif. Kadang tengah borak bila aku tersalah cakap mata dia macam bergenang, lepastu dia toleh tempat lain. Tapi aku buat bodoh je lah. Aku baru kenal tak sampai sehari kot, takkan nak tanya benda sensitif. Nordin suka makan, bila rehat je dia makan, tak macam aku. rehat je aku minum air suam je. makanpun nordin yang paksa hahahah XD 

rehat yang keberapa entah nordin ajak makan roti canai, share sebab dia takut tak habis atau dia sengaja nak suruh aku makan juga entahlah. and dia datang bawa satu pinggan tu je. aku macam awkward masa tu. tak sampai sehari kenal dah makan sepinggan. allahuu,, 

Lepas siap kerja kitorang tidur, kebetulan dekat situ ada satu meja macam meja guru. kitorang duduk berdepan, jarak lebih kurang 1 meter. masatu aku susah nak tidur walaupun mengantuk sebab tak selesa. Tapi terlelap juga. bangun tengok dia tengah duduk dekat depan. 
dia amik kalkulator letak dekat telinga
aku amik kalkulator lain buat macam handphone
"hello, boleh saya bercakap dengan khalifah"
the rest is history.

berakhir hari pertama aku bekerja.

Hari kedua? aku tak dapat sama department dengan dia. Oh ya, masa first day tu dia ada minta no fon aku dan aku bagi memandangkan dia sorang je kawan yang aku ada dekat kilang tu. 
hari kedua dia mesej tanya aku tak kerja ke, banyak kali. Dah beberapa jam baru aku perasan. 

Beberapa hari berlalu. Bila shift malam, aku dapat lagi buat GF dengan dia, 3 hari berturut kalau tak silap. Aku seronok dapat bekerja dengan dia walaupun awkward buat kerja dengan peminat huahuahua.. buat kerja makan tidur,, tidur celah kotak. Tapi hari ketiga tu, kitorang ada salah faham sikit. Bukan salah faham pun, dia yang sensitif. Masatu dia tanya aku, aku nak kahwin dengan dia tak? aku cakaplah tak. Lepastu dia terus diam, tak banyak cakap. Aku nampaklah dia sedih. lepastu masa rehat tu kerja siap dah, tapi tetap kena masuk department, mana boleh merayap kan waktu bekerja. Masa aku keluar dia macam marah "keluar terus, tak payah datang dah" padahal mula2 dia kata masuk balik pukul 4pagi gitu. Masa buka pintu aku jeling dia. Geram. Tumbuk kang.

Aku sengaja masuk lambat biar dia fikir aku tak masuk. Masa masuk aku tengok dia tengah tidur, tetiba nampak comel pula nordin ni. Lama jugalah aku tenung dia. lepastu aku duduk sebelah mesin. dah lama sikit aku bangun, tengok dia dah tersedar. Dia bangun aku senyumlah kat dia, dia balas,, alahai kenapa comel sangat T T....
that was the first moment aku rasa ada palpitation gitu huhuhu. 
the rest is history.
 Dipendekkan cerita, dia berhenti untuk balik sabah dan aku berhenti sebab kelas.
bulan 2 2019 last kami jumpa, after chinese new year. Tapi still contact,,, sampailah aku mula buka hati untuk dia. 

The moment aku cerita ni, kami dah tak ada apa-apa. Aku yang minta putus sebab aku rasa aku tak boleh ikut cara dia. After like 8 month LDR. kadang line slow,kadang dia hilang dari radar, kadang kena marah, kadang cemburu, kadang dia kena masuk hutan, kadang aku join aktiviti. 8 bulan ni terasa sangat panjang. 8 bulan sepanjang 2019 ni aku takkan lupa walaupum aku harap ianya cuma mimpi. 8 bulan yang penuh emosi, tangisan, gelak tawa. Terima kasih untuk 8 bulan ni sayang.

Proses aku nak move on susah. Bila depan orang aku okay, tapi bila sorang sorang, aku tak boleh. Aku akan cari dia. tak pernah satu hari aku tak ingat dia. Sebab selama ni aku tak pernah runtuhkan tembok ego aku untuk sesiapa, tapi aku buka ruang untuk dia, aku jadi aku yang orang lain tak pernah kenal.. Tapi siapalah aku untuk melawan takdir. 
Aku akan ingat ni sampai bila bila. Sebab aku tekad tak akan ganggu kau lagi kalau kau yang minta.

- janganlah chat aku
  stop
  kita dah takde apa2-
                 Nordin, 2043; 20122019

Hati aku masih berharap kita akan berjumpa lagi, dan masa tu kau lebih matang, emosi aku lebih stabil. Dalam angan aku, kau masih ada sebagai masa depan. Kau terkilan aku tak tepati janji. Akupun terkilan kau buat benda yang sama. Kau kata kau akan tunggu aku, tapi after 2 month kita breakup kau dah ada pengganti. Eh kelakarlah hidup aku. 

But still, salah aku, aku tahu. aku minta maaf. Aku tak faham kau. Aku terlalu realistic untuk faham cara kau. 
To make it clear, apa yang aku bagi selama ni bukan sebab aku rasa kau tak mampu dapatkan sendiri, tapi aku bagi sebab aku teringat kau. Sebenarnya aku nak beli untuk diri sendiri, tapi bila masuk kedai, "mesti cantik kalau nordin yang pakai" end up sampai sekarang aku tak beli lagi baju baru untuk diri sendiri huhu. And bongsu pula sebab aku geram tengok baju baby comel2, tapi tak tahu nak beli untuk siapa, so aku belilah untuk bongsu. Tak pernah sekali aku nak merendahkan kau.

Aku ada final awal january ni, aku cuma nak belajar dengan tenang.

Sepanjang 2019 ni, hidup aku banyak melibatkan insan bernama Nordin. Since january till december.

Banyak lagi aku tak cerita. Penat lelah aku kerja part time untuk bayar sewa rumah, nak amik lesen, oh yeahh tak dilupakan segala short vacation dan juga camp yang menyeronokkan ulalala





No comments:

Post a Comment