Pages

Followers

Monday 27 November 2017

Tinggal Kenangan



Sebab semua orang berubah
kita hidup, fikir, buat sesuatu berdasarkan persekitaran
cara orang interaksi dengan kita berbeza mengikut situasi dan tempat
orang kampung tak berkata-kata persis barat
mat rock lepak warung tak bercakap seperti pelajar U
tapi
siapa kita nak nilai hati budi

mungkin
bila kita terpisah
kita mula lupa
ayat ayat yang selalu kita gunakan seharian
gurau senda yang menjadi kebiasaan
dan 
jauh dalam hati...
kita tak lupa dia
yang pernah sehati sejiwa sewaktu dulu

cuma
apa yang kita tak lupa hanyalah dia yang dulu
lain lain
kita mula lupa

kita lupa contact, mesej, jumpa
kita saling melupakan kerana dalam menempuh hari
banyak benda baru, orang baru yang kita temui

tak mustahil
satu hari dikala kita saling melepasi
wajahku tak kau kenali
wajahmu tak ku sadari


No comments:

Post a Comment